Avatara Vishnu Avatara

Dasavatara: Sepuluh Avatara Vishnu

Secara tradisional, dalam zaman Purana, jumlah Avatara telah dihadkan kepada sepuluh dan oleh itu dikenali sebagai Dasavatara (Sepuluh Jelmaan). Semua sepuluh Jelmaan ini adalah dipercayai sebagai penjelmaan fizikal Vishnu dalam misi menyelamatkan dunia. Dari sepuluh Avatara, sembilan diantaranya diyakini sudah pernah menyelamatkan dunia, sedangkan satu di antaranya, Avatara terakhir (Kalki Avatar), masih menunggu waktu yang tepat (konon pada akhir Kali Yuga) untuk turun ke dunia. Kisah-kisah Avatara ini diberikan dalam ''Purana''.

Sepuluh Avatara Vishnu adalah:

Namun, senarai sepuluh Jelmaan ini adakalanya berlainan. Dalam beberapa kitab, Buddha telah digantikan oleh Balarama (abang Sri Krishna). Beberapa kitab lain pula mengekalkan Balarama dan Buddha dan menyingkirkan Sri Krishna kerana semua sepuluh Jelmaan ini dianggap sebagai Jelmaan Sri Krishna.

Selain senarai sepuluh Avatara, terdapat juga beberapa senarai lain yang lebih panjang. Srimad Bhagavata memberikan senarai 22 jelmaan[11], 23 jelmaan[12] dan 16 jelmaan[13] dan juga menyebut bahawa jumlah Avatara adalah tidak terkira.[14]

Avatara Vishnu dalam Bhagavata

Bhagavata memberikan satu senarai 22 jelmaan Vishnu yang dikenali sebagai Lilavatara dalam zaman-zaman berlainan seperti berikut:

  1. Beberapa Kumara seperti Sanaka (Golongan Kumara ialah bujang-bujang abadi, mahkluk-mahkluk dalam ciptaan pada zaman Kaumara).
  2. Varaha (Sang Babi Hutan) yang membawa keluar bumi yang disembunyikan di Rasatala
  3. Devarshi Narada (pengajar doktrin Pancharatra)
  4. Rishi Nara dan Rishi Narayana (putera-putera Dharma Prajapati)
  5. Kapila (pengasas sistem Sankhya)
  6. Dattatreya (putera Atri dan Anasuya)
  7. Yajna (putera Ruchi dan Akuti)
  8. Rishabha (putera Nabi dan Meru) yang mengajar kehidupan Paramahamsa
  9. Maharaja Prithu (yang menjumpai sumber-sumber bumi)
  10. Matsya (Sang Ikan) yang menyelamatkan Vaivasvata dari Banjir Besar dalam Chakshushamanvantara
  11. Kurma (Sang Kura-kura) yang menyokong Gunung Mandara ketika para Deva dan Asura mencari Amirta.
  12. Dhanvantari (yang muncul dengan Amirta dari Samudera Susu
  13. Mohini (Gadis yang cantik yang menggoda para Asura ketika pengagihan Amirta).
  14. Narasimha (Separa manusia dan harimau)
  15. Vamana (Sang Kerdil) yang menghapuskan Maharaja Bali
  16. Parasurama yang menghapuskan golongan Kshatriya
  17. Veda Vyasa (putera Parasara dan Satyavati)
  18. Sri Rama (putera Dasaratha, hero Ramayana)
  19. Balarama (abang Sri Krishna)
  20. Sri Krishna (pemberi Bhagavad Gita)
  21. Gautama Buddha
  22. Kalki (akan datang pada hujung zaman Kali)

Rujukan

WikiPedia: Avatara http://www.comparativereligion.com/avatars.html http://www.gaudiya.com/image/manifestations.gif http://www.gaudiya.com/index.php?topic=theology http://www.krishna.com/node/603 http://www.srivaishnavam.com/stotras/dasavatharam_... http://www.virtuescience.com/i-am-the-one-and-only... http://www.veda.harekrsna.cz/encyclopedia/avatars.... http://www.sscnet.ucla.edu/southasia/Religions/Ava... http://www.salagram.net/Dasavatara-page.htm http://encyclopediaofauthentichinduism.org/article...